JENIS TEKNOLOGI KOMUNIKASI
Internet
Internet merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia. Ia mengandungi jutaan rangkaian yang saling berhubung dan membolehkan pertukaran maklumat berlaku secara percuma. Internet ialah rangkaian awam yang menghubungkan rangkaian perniagaan, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan orang perseorangan. Ia menggunakan protokol TCP/IP dan lain – lain protokol sebagai penghubung di antara satu sama lain. Setiap rangkaian ini menyediakan pelbagai sumber maklumat dan perkhidmatan yang boleh diakses melalui rangkaian. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah mail elektronik, borak dalam talian dan pautan laman web serta dokumen – dokumen.
Intranet
Intranet adalah rangkaian dalaman bagi sesebuah organisasi yang menggunakan teknologi internet. Ia adalah rangkaian komputer persendirian yang menggunakan protokol – protokol internet. Intranet menggunakan protokol TCP/IP, HTTP dan protokol – protokol internet lain. Ia lebih mirip kepada rangkaian internet persendirian. Tujuan utama satu intranet adalah untuk perkongsian maklumat syarikat dan sumber – sumber pengkomputeran hanya di kalangan kakitangan syarikat sahaja. Maklumat yang terdapat di dalam intranet dilindungi dengan kata laluan atau firewall. Maklumat ini boleh dicapai oleh individu atau bahagian tertentu sahaja di dalam syarikat. Intranet digunakan untuk memudahkan para pekerja untuk bekerja dalam kumpulan dan untuk telesidang. Contoh aplikasi intranet adalah seperti penerbitan bahan – bahan elektronik sesebuah organisasi seperti direktori – direktori telefon, takwin organisasi dan jadual kerja.
Extranet
Extranet merupakan rangkaian komputer persendirian yang menggunakan teknologi internet dan sistem telekomunikasi awam. Ia digunakan untuk perkongsian maklumat atau operasi perniagaan antara pembekal, pembuat, rakan kongsi, pelanggan atau perniagaan lain pada tahap keselamatan yang tinggi. Extranet juga adalah sebahagian intranet syarikat yang boleh dicapai dan digunakan oleh kakitangannya dari luar syarikat. Ia beroperasi dengan menggunakan firewall , sijil digital untuk pengecaman dan pengesahan pengguna. Ia juga menggunakan kaedah penyulitan (encryption) maklumat. Semua ini adalah untuk memastikan extranet berada pada tahap keselamatan dan bebas daripada sebarang pencerobohan oleh penggodam. Maklumat dihantar menerusi rangkaian persendirian maya (virtual private networks (VPNs)) yang melalui rangkaian awam.
JENIS-JENIS RANGKAIAN
Rangkaian Kawasan Setempat LAN
Rangkaian Kawasan Setempat LAN
- Terhad kepada batasan geografi yang kecil.
- Contoh LAN-rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan,sekolah, pejabat atau kampus
- Fungsi asas LAN-
- Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan dan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer.
- Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya.
- Cara pemasangan
- Rangkaian LAN dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah sepeti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik,talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio
- Rangkaian WAN menggabungkan dua atau lebih rangkaian LAN dan biasanya melibatkan suatu kawasan geografi yang luas.
- WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya contohnya menghubungkan Florida,Amerika Syarikat dengan dunia.
- Wan berupaya menghubungkan sekolah-sekolah diflorida dengan tempat-tempat lain didunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaj,tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon.
- Rangkaian WAN amat rumit dan kompleks kerana memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung secara global dan antarabangsa seperti internet.
- Rangkaian MAN meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan rangkaian LAN.
- Rangkaian MAN biasanya beroperasi dibandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
- Dengan menggunakan rangkaian MAN,informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
- Contoh penggunaan MAN-perpustakaan-perpustakaan awam, dan agensi kerajaan.